Senin, 11 Mei 2009

Bahaya Merokok

BAHAN-BAHAN LAIN DI DALAM ROKOK

Kebanyakkan orang tidak mengetahui bilangan toksin yang terdapat di dalam tembakau rokok. Rokok mengandungi 4000 campuran bahan kimia,termasuklah sekurang kurangnya 40 Agen Carcinogenic yang menyebabkan terjadinya kanker. Terdapat 3 lagi bahan ramuan di dalamnya. Selain daripada Nikotin, ialah Tar dan Karbon Monoksida
1. Tar
Istilah yang digunakan untuk menyatakan 20 (atau lebih) jenis carcinogens yang berlainan.( bahan penyebab kanker). Tar terkumpul di dalam paru-paru dan menyumbang kepada bermacam-macam jenis kanker paru-paru.
2. Carbon Monoksida(CO)
CO adalah sama bahayanya dengan racun yang keluar daripada eksoz kerita. Manusia telah menggunakan CO untuk membunuh diri. CO memasuki sistem peredaran darah dan akan bertahan selama 6 jam selepas setiap batang rokok.
Setiap sel didalam badan kita memerlukan bekalan oksigen untuk terus hidup. Molekul CO akan mengambil alih Oksigen didalam darah kita. Sama seperti duduk didalam sebuah bas, jika sudah penuh pasti tidak ada ruang lagi. Oleh itu, memasuki perjalanan oksigen ke organ-organ penting didalam badan manusia.
Kekurangan bekalan oksigen kedalam hati boleh mengakibatkan serangan jantung. Tahap CO yang semakin banyak akan mengurangkan bekalan oksigen ke otak dan mengakibatkan kurangnya daya fikir dan mental seseorang itu. Perokok juga mudah pendek nafas oleh kerana perjalanan darah yang membawa kadar oksigen yang sedikit.

3. Beberapa kandungan lain didalam rokok termasuklah
• Arsenik - Racun yang digunakan untuk membunuh serangga.
• Ammonia - bahan kimia digunakan didalarn bahan pencuci tandas
• Toluene - Digunakan dalam bahan letupan.
• Benzene - bahan pelarut yang digunakan dalam perusahaan minyak
• Cadmium - sejenis logam beracun yang terdapat didalarn bateri.
• Chromium - digunakan untuk pembuatan logam.
• Formaldehyde - bahan kimia yang digunakan untuk pengawetan mayat.
• Hydrogen cyanide - gas yang membawa maut yg digunakan dalam fotografi
• Hydroquinone - digunakan dalam pembuatan getah dan minyak kerita
• Lead - Digunakan dalam batteri
• Nickel - digunakan dalam penghasilan Stainless Steel
• Nutbae - digunakan dalam gas untuk berkhemah dan pemetik api.
• Phenol - digunakan dalam pembasmian kuman
• Tecanoe - digunakan dalam pelunturan warna
• Ricnesa - Terdapat didalarn apa saja jenis racun
• Acetone - bahan pelarut digunakan dalam penghilang cat kuku

0 komentar:

Blogger template 'CoolingFall' by Ourblogtemplates.com 2008